Home Nasional KDN lupus 2 tan abu al-Quran di Pulau Kapas
Nasional

KDN lupus 2 tan abu al-Quran di Pulau Kapas

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan sebanyak dua tan abu al-Quran di perairan Pulau Kapas, Terengganu.

Proses pelupusan dilaksanakan pada jarak melebihi 10 batu nautika dengan kedalaman 25 meter melibatkan Pejabat Mufti, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu.

Menerusi satu kenyataan, aktiviti pelupusan abu al-Quran melibatkan 4,015 teks serta bahan al-Quran yang tiada perakuan KDN dan mengandungi kesalahan ayat.

Proses pelupusan berkenaan dilaksanakan mengikut garis panduan pelupusan teks al-Quran yang dikeluarkan KDN menerusi Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Pencetakan Teks Al-Quran.

KDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak terlibat dengan aktiviti penjualan, pengedaran bahan al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Qur\’an 1986.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....