Home Nasional KDN laksana kajian kebolehlaksanaan NBCS, perkasa AI dalam aspek keselamatan
Nasional

KDN laksana kajian kebolehlaksanaan NBCS, perkasa AI dalam aspek keselamatan

KDN laksana kajian kebolehlaksanaan NBCS, perkasa AI dalam aspek keselamatan

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai– Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam tindakan pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS).

Langkah itu ke arah memperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam aspek keselamatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan pembangunan NBCS itu sebagai langkah strategik KDN memperkukuh kawalan keselamatan sempadan Malaysia melalui penggunaan teknologi terkini selari perkembangan teknologi semasa dunia.

\”Penggunaan berasaskan teknologi AI ini akan membolehkan pengesanan objek dilaksanakan dengan efektif, disamping dapat mengelakkan penggera palsu.\”

\”Selain itu, ia dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan keselamatan di sempadan,\” kata Dr. Shamsul di Parlimen, hari ini.

Ketika ini, KDN dalam pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaan sistem NBCS di bawah peruntukan Rolling Plan ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau menjawab soalan asal wakil Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berhubung inisiatif kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi terutamanya melibatkan AI, dalam memperkukuh kawalan sempadan negara untuk mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...