Home Nasional KD Pendekar tenggelam selepas bocor di perairan Kota Tinggi
Nasional

KD Pendekar tenggelam selepas bocor di perairan Kota Tinggi

KD Pendekar tenggelam selepas bocor di perairan Kota Tinggi

Kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah tenggelam sepenuhnya pada pukul 3:54 petang tadi selepas mengalami kebocoran / Foto RTM

KOTA TINGGI, 25 Ogos – Kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah tenggelam sepenuhnya pada pukul 3:54 petang tadi di kedudukan dua batu nautika dari Tenggara Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor, selepas mengalami kebocoran.

TLDM memaklumkan, kerosakan struktur kapal dipercayai berlaku selepas KD Pendekar melanggar objek di dalam air pada pukul 12 tengah hari tadi.

\”Operasi salvaj masih diteruskan bagi menyelamatkan kapal tersebut,\” menurut TLDM menerusi kenyataan terkini.

Selain itu, aset-aset TLDM telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan semasa dan menjaga keselamatan.

Kesemua 39 kru KD Pendekar tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut dan kini ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih.

BERITA BERKAITAN:

  • Kapal KD Pendekar bocor, 39 kru selamat

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....