Home Nasional KCCM 2024 tawar 200 pakej pelancongan dalam negara
Nasional

KCCM 2024 tawar 200 pakej pelancongan dalam negara

KCCM 2024 tawar 200 pakej pelancongan dalam negara

Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 menawarkan lebih 200 pakej pelancongan dalam negara sebagai usaha mengajak semua individu bercuti di dalam negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Tourism Malaysia melancarkan karnival itu bertemakan \’Crafting Holidays\’ bagi memberi peluang kepada pengunjung memanfaatkan tawaran pakej istimewa pada pameran berkenaan.

\”Tahun ini kementerian telah menetapkan sasaran seramai 221 juta pelawat domestik dengan jangkaan perbelanjaan domestik sebanyak RM93 bilion.

\”Setakat Januari sehingga Jun 2024, prestasi pelancongan domestik merekodkan perkembangan yang cukup positif apabila berjaya mencatatkan 127 juta pelawat domestik dengan perbelanjaan pelancongan domestik sebanyak RM53 bilion,\” katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam ucapan perasmian Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 di ibu negara.

Dalam pada itu angka itu disasarkan akan terus meningkat kepada 241 juta pelawat pada tahun 2025 dan seterusnya kepada 261 juta orang pada tahun 2026 dengan jangkaan perbelanjaan pelancongan domestik mencecah RM115 bilion.

KCCM 2024 bermula pada 25 sehingga 27 Oktober menawarkan pelbagai aktiviti kraf, seni, budaya dan warisan tempatan untuk merancakkan pelancongan domestik sekali gus meningkatkan jumlah ketibaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....