Home Nasional 'Kasihnya Warisan' dinobat Raja Sungai Regatta Tatau 2024
Nasional

'Kasihnya Warisan' dinobat Raja Sungai Regatta Tatau 2024

'Kasihnya Warisan' dinobat Raja Sungai Regatta Tatau 2024

FOTO UKAS TATAU

TATAU, 9 September- Pasukan \’Kasihnya Warisan\’ dinobatkan sebagai Raja Sungai, pada acara kemuncak Regatta Tatau 2024 yang berlangsung petang semalam.

Selaku juara, \’Kasihnya Warisan\’ berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan \’Kueh Brothers Fibreglass\’ dengan hadiah RM5,000, manakala tempat ketiga turut diungguli \’Kasihnya Warisan\’.

Regatta Tatau 2024 yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik 97 penyertaan dengan 19 pasukan mengambil bahagian.

Acara yang diadakan sempena Pesta Tatau 2024 turut berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung secara fizikal, manakala siaran langsung di Facebook mencatat lebih 150,000 tontonan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai, yang turut menyempurnakan majlis penutupan.

Di samping itu, acara Power Boat yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini akan menyaksikan lebih 200 penyertaan, termasuk pasukan dari Brunei.

Pelbagai acara sampingan turut dianjurkan sepanjang Pesta Tatau 2024, dengan persembahan artis tempatan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...