Home Nasional Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan
Nasional

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 3 November-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 serta 6 November 2024 selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar pada pukul 8.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja melibatkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

BERITA BERKAITAN:

  • Kartel perolehan baja : SPRM reman dua lagi individu
  • SPRM bongkar kartel projek bekal baja padi bernilai RM1.8 bilion

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....