Home Nasional Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini
Nasional

Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini

Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini

Foto: FB Karnival Komunikasi

PUTRAJAYA, 3 September- Kementerian Komunikasi akan menganjurkan Karnival Komunikasi 2024 di Hutan Bandar Putra di Kulai, Johor pada Jumaat dan Sabtu ini sebagai usaha memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Komunikasi memaklumkan siri pertama karnival itu dijadual dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Karnival Komunikasi 2024 merupakan satu daripada inisiatif kementerian itu bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.

“Menerusi karnival ini, aspek pembangunan rakyat akan menjadi fokus iaitu mempermudah kehidupan, memperluas perniagaan dalam pelbagai platform dan meningkatkan pendapatan.

“Fokus lain ialah memperkasakan kerjaya, memperhebat etika, ekspresi telekomunikasi dan kesalinghubungan sosial serta kemasyarakatan yang positif seiring era globalisasi kini,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Komunikasi memaklumkan antara aktiviti menarik kepada pengunjung ialah reruai pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, permainan digital dan cabutan bertuah.

Aktiviti lain ialah sukan rakyat, konsert mini, persembahan muzik dan perkhidmatan secara langsung jabatan serta agensi seperti kaunter bayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Program Jom Exchange Al-Quran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan percetakan setem dengan gambar peribadi oleh Pos Malaysia.

Sebanyak tiga siri karnival akan diadakan pada tahun ini secara kerjasama strategik dengan TM Technology Services Sdn Bhd.

“Karnival Komunikasi ini merupakan kesinambungan inisiatif Pelan Promosi Jalur Lebar anjuran kementerian sejak 2015,” menurut kenyataan itu.

Karnival siri pertama turut melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan, PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta syarikat telekomunikasi seperti U Mobile, CelcomDigi, Maxis dan YTL (YES).

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web karnival.komunikasi.gov.my serta media sosial rasmi Karnival Komunikasi (Facebook, Instagram, X, YouTube dan TikTok).- BERNAMA

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...