Home Nasional Karnival Kesihatan MADANI tawar pemeriksaan kesihatan percuma
Nasional

Karnival Kesihatan MADANI tawar pemeriksaan kesihatan percuma

Karnival Kesihatan MADANI tawar pemeriksaan kesihatan percuma

Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak/ Foto FB Dr Wan Azizah Wan Ismail

CHERAS, 25 Januari– Pemeriksaan kesihatan percuma diberikan kepada penduduk Parlimen Bandar Tun Razak dalam Karnival Kesihatan MADANI sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Tahun 2025.

Karnival itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya penduduk di Bandar Tun Razak mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Kaunter-kaunter kesihatan dibuka untuk pemeriksaan kesihatan penyakit tidak berjangkit (NCD), jantung, kanser serviks serta mammogram, kaunter menderma darah, pemeriksaan gigi dan rehabilitasi.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hadir merasmikan karnival tersebut dan turut menyerahkan sumbangan Bakul Ihsan MADANI kepada 700 penerima golongan kurang berkemampuan sekitar kawasan parlimen itu.

\”Ini salah satu daripada caranya untuk sedarkan mereka. Kita tidak mahu mereka tunggu sampai sakit, baru datang. Oleh kerana itu, kita adakan saringan, saring dahulu, dapatkan maklumat awal dan gaya hidup sihat, itu yang penting\”, katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan MADANI di Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB) Bandar Tun Razak , Cheras, Kuala Lumpur.

Karnival itu dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dan Yayasan MyPrihatin dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN), Pusat Darah Negara, Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Hospital Rehabiliti Cheras.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....