Home Nasional Kapal KD Pendekar bocor, 39 kru selamat
Nasional

Kapal KD Pendekar bocor, 39 kru selamat

Kapal KD Pendekar bocor, 39 kru selamat

39 kru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalami detik cemas apabila kapal KD Pendekar mengalami kebocoran dan dimasuki air / Foto FB TLDM

KOTA TINGGI, 25 Ogos – 39 kru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalami detik cemas apabila kapal KD Pendekar mengalami kebocoran dan dimasuki air di kedudukan dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor, pada pukul 12 tengah hari tadi.

TLDM memaklumkan, kebocoran berlaku selepas kapal dipercayai berlanggar dengan objek di dalam air semasa menjalankan operasi.

\”Kebocoran mula dikesan di Bilik Jentera KD Pendekar, sebelum air mula memasuki ruangan lain sehingga tidak terkawal. Kru kapal telah berusaha untuk mengawal kebocoran dan menstabilkan kapal, namun usaha tersebut tidak berjaya,\” menurut TLDM menerusi kenyataan.

Semua kru berjaya diselamatkan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada berhampiran lokasi.

\”Satu operasi salvaj akan dilaksanakan untuk menyelamatkan KD Pendekar. TLDM juga akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan segera untuk mengenal pasti punca kejadian,\” tambah TLDM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....