Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Kangar kuat kuasa larangan penggunaan Polistirena dan Styrofoam
Nasional

Kangar kuat kuasa larangan penggunaan Polistirena dan Styrofoam

Kangar kuat kuasa larangan penggunaan Polistirena dan Styrofoam

Foto RTM

KANGAR, 16 Julai-Berkuatkuasa mulai semalam, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah menguatkuasakan larangan penggunaan bekas berasaskan polistirena dan styrofoam untuk membungkus makanan di seluruh Perlis.

Pelaksanaannya berikutan notis pemberitahuan kepada semua peniaga dan pemilik premis telah dilakukan sejak 7 Jun lalu.

Menurut Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth dalam kenyataannya, berikutan larangan berkenaan, penguat kuasa MPK akan melakukan tinjauan di sekitar negeri termasuk kawasan Kangar, Padang Besar, Arau dan Kuala Perlis.

“Kita memberi masa kira-kira seminggu lagi sehingga 21 Julai ini untuk advokasi dan selepas tempoh itu, mana-mana peniaga yang masih menggunakan bekas berkenaan boleh dikompaun maksimum RM500 atau denda tidak lebih RM2,000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976\”, katanya yang ditemui RTM ketika melakukan tinjauan ke gerai peniaga di sekitar Taman Sena Indah serta pasar raya mini yang menjual keperluan untuk peniaga makanan di kawasan tersebut.

Para peniaga turut disarankan menggunakan beg kertas atau bekas plastik tahan haba yang boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.

Langkah berkenaan diambil berikutan dapatan kajian yang menunjukkan penggunaan polistirena disifatkan berbahaya kerana mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser, selain tirena dan benzena yang menjejaskan alam sekitar.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...