Home Nasional Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL

BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas motosikal dinaiki bersama-sama bapa dan adik beradiknya melanggar sebuah lori, di Jalan Kampung Sungai Ayam, di sini, pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam kenyataan berkata mangsa, Afiqah Shaurah Qamarul Ariffin, empat tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

\”Kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki tempatan berumur 37 tahun sedang menunggang sebuah motosikal bersama tiga anak perempuannya masing-masing berumur empat, tujuh dan lapan tahun dari arah Senggarang menghala ke arah Minyak Beku di sini.

\”Apabila sampai di tempat kejadian, telah berlaku kemalangan dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun telah keluar simpang tanpa memberi keutamaan laluan terlebih dahulu kepada motosikal yang bergerak lurus di jalan tersebut,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak berumur tujuh dan lapan tahun itu masing-masing mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki manakala bapa mereka mengalami luka di muka dan dada dengan kesemua mereka dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.

\”Pemandu lori dan seorang kelindan pula tidak mengalami sebarang kecederaan,\” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau hubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....