Home Nasional Kanak-kanak maut kemalangan di Terowong Menora
Nasional

Kanak-kanak maut kemalangan di Terowong Menora

Kanak-kanak maut kemalangan di Terowong Menora

FOTO FACEBOOK Balai Bomba Ipoh

IPOH, 31 Mac- Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki cedera parah.

\”Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang. Kemalangan melibatkan sebuah kereta terbabas dibahu jalan.

\”Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian,\” menurut kenyataan itu.

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah IpohPenolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang maut ialah Nairai Falisha Abdul Rahman berusia dua tahun manakala ibu dan bapanyaAbdul Rahman Abdul Rahim, 29, dan Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, cedera parah.

Abang Zainal berkata kenderaan yang dipandu bapa mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...