Home Nasional Kampung Angkat Madani: Lebih RM2 juta diperuntukkan untuk 10 Projek fizikal di Kampung Masjid
Nasional

Kampung Angkat Madani: Lebih RM2 juta diperuntukkan untuk 10 Projek fizikal di Kampung Masjid

Kampung Angkat Madani: Lebih RM2 juta diperuntukkan untuk 10 Projek fizikal di Kampung Masjid

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi /Foto RTM

LARUT, 3 November-Sebanyak 10 projek membabitkan peruntukan RM2.5 juta dilaksanakan di Kampung Masjid, Ijok Selama, Larut melalui inisiatif Kampung Angkat Madani Jabatan Audit Negara.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, program itu bertujuan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dengan bandar seterusnya membangunkan sosioekonomi komuniti setempat.

Jelas beliau, 10 projek berkenaan membabitkan pembinaan dewan sekolah, pemasangan lampu solar dan menaik taraf kemudahan di masjid serta fasiliti kemudahan awam seperti ruang perniagaan, gelanggang futsal, taman permainan dan sistem saliran.

\”Ianya adalah selaras dengan kriteria pemilihan Kampung Angkat Madani Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyarankan semua pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk tengok balik.

\”Kita jangan ingat tengok atas tapi tengok juga bagaimana kampung asal kita, apa-apa keperluan yang diperlukan dalam satu kawasan jadi itulah apa yang kita cuba laksanakan\”, katanya epada pemberita pada Program Peluncuran Kampung Angkat Madani di Kampung Masjid di Ijok Selama di sini.

Tambahnya, kesemua 10 projek berkenaan telah dimulakan pada awal Ogos lalu dan siap sepenuhnya secara berfasa pada akhir bulan lalu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya memilih kampung asal atau kampung lain untuk dijadikan kampung angkat bagi memastikan pembangunan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....