Home Nasional Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.2 peratus
Nasional

Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.2 peratus

Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.2 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 November- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.2 peratus, dengan bilangan penganggur terus susut kepada lebih 555,300 orang pada September lepas.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan memaklumkan, bilangan tenaga buruh terus berkembang pada bulan sama iaitu bertambah 0.1 peratus kepada 7.24 juta orang.

Sementara itu Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perkara itu didorong prestasi ekonomi negara memberangsangkan, kedudukan pasaran buruh negara pada September kekal kukuh.

Hasil positif berkenaan digambarkan dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja, sekali gus menjadikan bilangan penganggur semakin berkurangan.

Sementara itu kadar penyertaan tenaga buruh lebih tinggi direkodkan iaitu sebanyak 70.5 peratus, naik 0.1 peratus berbanding Ogos.

Pada masa sama permintaan domestik yang kukuh serta pemulihan dalam sektor luaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.

Untuk tempoh akan datang, prestasi tenaga buruh dijangka lebih berdaya saing serta terus stabil, disokong pelbagai inisiatif menggalakkan penyertaan buruh.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....