Home Nasional Kadar pengangguran dijangka pada purata 3.3 peratus tahun ini
Nasional

Kadar pengangguran dijangka pada purata 3.3 peratus tahun ini

Kadar pengangguran dijangka pada purata 3.3 peratus tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 September- Maybank Investment Bank jangka kadar pengangguran berada pada paras purata 3.3 peratus tahun ini, selepas menyederhana kepada 3.4 peratus tahun lepas.

Menurut firma penyelidikan itu, pasaran kerja yang stabil, daripada perspektif kadar pengangguran dan pertumbuhan guna tenaga akan memberi impak kepada pendapatan pekerja.

Jelas Maybank IB, segmen tenaga kerja tertentu bakal menikmati gaji dan upah lebih tinggi.

Penjawat awam misalnya akan menerima pelarasan gaji antara 15 hingga 42.7 peratus dalam dua fasa, bermula Disember ini.

Selain itu, prospek peningkatan gaji minimum tahun hadapan, berbanding RM1,500.

Kementerian Sumber Manusia sebelum ini memaklumkan, syor mengenai kadar gaji minimum baharu dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan ini.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia semalam memaklumkan, bilangan penganggur bagi Julai 2024 terus berkurangan sebanyak 0.3 peratus kepada 563,700 orang.

Kadar pengangguran pada bulan terbabit pula kekal pada 3.3 peratus, sama seperti bulan sebelumnya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...