Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember
Nasional

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus menyantuni seorang wanita yang memohon kerja di kaunter SPA ketika Sesi Tinjauan Mesra sempena Hari Terbuka SPA@Putrajaya 2024 hari ini.

PUTRAJAYA, 2 November– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengemas kini kadar gaji terendah bagi penjawat awam bermula 1 Disember ini di laman sesawangnya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Mohamed Yunus berkata ia selaras dengan penetapan gaji terendah bermula RM1,500 dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

\”Kita bergantung kepada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dan berhubung gaji dan sebagainya. Itu adalah tertakluk kepada dasar kerajaan.

Jadi, kalau pihak JPA khususnya kerana dia adalah pembuat dasar dengan menetapkan berdasarkan pekeliling. Maka, SPA akan mengemas kini maklumat yang ada di dalam laman sesawang,\” kata Dr. Ahmad Jailani kepada pemberita pada Hari Terbuka SPA @ Putrajaya 2024, hari ini.

Jelas beliau, SPA menerima 1.14 juta permohonan bagi jawatan kosong dalam kerajaan, setakat hari ini.

\”Permohonan yang tinggi itu saya kira adalah perkara yang biasa. Ini baik untuk kerajaan apabila ada permohonan yang tinggi ini.

Kita dapat satu pilihan yang lebih besar dalam mendapatkan yang terbaik dan mereka yang penuh integriti mahu berkhidmat dengan kerajaan,\” tambahnya.

Sementara itu, kira-kira seramai 5,000 pengunjung hadir pada Hari Terbuka SPA@Putrajaya 2024, hari ini.

Jelas Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani, ia bertujuan meningkatkan kefahaman peluang permohonan jawatan ke perkhidmatan awam dan swasta.

Jelas beliau, program tersebut juga turut menerima sambutan daripada pengunjung kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

\”Hari ini kita buka kaunter khas untuk OKU dan juga untuk orang asli kerana dua entiti ini merupakan fokus SPA membuka peluang untuk mereka menyertai perkhidmatan awam.

Kita sebenarnya tidak mempunyai satu sasaran tertentu namun kita buka seluas-luas kepada golongan ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan SPA. Insya-Allah, usaha ini adalah untuk memberi galakan serta memudahkan mereka mohon jawatan yang sepadan,\” ujar Dr. Ahmad Jailani.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...