Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 177 orang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 177 orang

Jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 177 orang

FOTO APM RANTAU PANJANG

KUALA LUMPUR, 25 November- Jumlah penduduk terjejas banjir mencatatkan penurunan kepada 177 orang pagi ini berbanding 351 orang malam tadi, melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Selangor.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan merekodkan 76 penduduk daripada 19 keluarga di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Di daerah Bachok, 44 orang ditempatkan di sebuah PPS, manakala daerah Pasir Mas mencatatkan 32 orang di sebuah PPS.

Terengganu pula merekodkan 67 penduduk daripada 15 keluarga di enam PPS. Daerah Marang menempatkan 57 orang di empat PPS, manakala Dungun menempatkan 10 orang di dua PPS.

Di Johor, 28 penduduk daripada lapan keluarga masih berlindung di sebuah PPS di daerah Segamat. Selangor pula mencatatkan enam penduduk daripada dua keluarga di sebuah PPS di daerah Kuala Langat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....