Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di tujuh negeri menurun pagi ini
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di tujuh negeri menurun pagi ini

Jumlah penduduk terjejas banjir di tujuh negeri menurun pagi ini

FOTO FACEBOOK Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di tujuh negeri sedikit menurun pagi ini kepada 66,189 orang berbanding 67,208 orang malam tadi.

Bilangan penduduk terjejas di KELANTAN mencatatkan penurunan apabila seramai 43,745 orang masih berlindung di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 7.00 pagi ini, berbanding 43,753 orang malam tadi.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah penduduk tertinggi iaitu 22,441 orang, diikuti Tumpat (20,556), Kota Bharu (403), Bachok (243), Tanah Merah (55) dan Pasir Puteh (47).

Situasi banjir di TERENGGANU juga sedikit reda dengan jumlah penduduk yang berada di 59 PPS berkurangan kepada 14,294 setakat pukul 6.00 pagi ini, berbanding 15,448 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daerah paling terjejas adalah Kuala Nerus dengan jumlah penduduk terjejas seramai 6,366, diikuti Dungun (4,594), Kuala Terengganu (2,511), Hulu Terengganu (466), Setiu (158), Marang (186) dan Dungun (13).

Berdasarkan aplikasi InfoBencana JKM, penduduk terjejas di KEDAH terus berkurangan pagi ini apabila 6,165 orang ditempatkan di 32 PPS berbanding 6,261 orang semalam, dengan bilangan penduduk terjejas di Kota Setar merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,056 orang, diikuti Kubang Pasu (1,503), Pokok Sena (451) dan Padang Terap (155).

Sementara itu, jumlah penduduk terjejas banjir di tiga negeri kekal pada pagi ini iaitu JOHOR merekodkan 1,068 orang di 20 PPS, manakala 442 orang di PERAK masih berlindung di 10 PPS dan 172 orang di MELAKA ditempatkan di dua PPS.

Di PAHANG mencatatkan sedikit peningkatan bilangan penduduk terjejas banjir iaitu 53 orang yang ditempatkan di empat PPS berbanding 50 orang malam tadi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....