Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat pagi ini
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat pagi ini

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat pagi ini

Anggota APM mengukur ketinggian air banjir di Jalan Tok Merah dekat Gerik sekitar pukul 7.41 malam tadi

IPOH, 6 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 231 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan bahawa dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Hulu Perak, menjadikan keseluruhan enam PPS kini beroperasi di negeri ini.

Di daerah Kerian, seramai 45 penduduk daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, manakala 32 penduduk daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.

Di daerah Larut, Matang dan Selama pula, seramai 45 penduduk daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor, manakala 20 penduduk daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS SK Matang.

Dua PPS telah dibuka di daerah Hulu Perak malam tadi iaitu di PPS SK Sri Adika Raja yang menempatkan 13 penduduk daripada lapan keluarga, sementara PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik menempatkan jumlah penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 76 orang daripada 26 keluarga.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...