Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah terus berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah terus berkurang

Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah terus berkurang

SWCorp Melaka bersama SWM Enviroment Sdn Bhd menjalankan bantuan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Bandar baru Masjid Tanah, Taman Masjid Tanah Ria dan Pekan Masjid Tanah yang terjejas baru-baru ini/FB SWCorp Melaka

MELAKA, 14 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah semakin berkurangan pagi ini apabila hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu pada 7.00 pagi ini berbanding 50 mangsa daripada 15 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, sebanyak 21 orang daripada tujuh keluarga berlindung di PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau.

\”PPS Balai Raya Seri Jeram pula menempatkan 11 orang daripada empat keluarga,\” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, empat kawasan masih terjejas dengan baniir yang melanda dari Ahad lepas membabitkan Kampung Seri Jeram, Kampung Teluk Berembang, Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.

Keadaan cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan ditutup kepada kenderaan. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....