Home Nasional Jualan Agro MADANI Khas, pertingkat aktiviti ekonomi di sempadan – FAMA
Nasional

Jualan Agro MADANI Khas, pertingkat aktiviti ekonomi di sempadan – FAMA

Jualan Agro MADANI Khas, pertingkat aktiviti ekonomi di sempadan – FAMA

Foto FAMA Perlis

PADANG BESAR, 17 Oktober– FAMA Perlis menganjurkan Jualan Agro MADANI Khas, seiring saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu aktiviti ekonomi dipertingkat termasuk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Sebagai permulaan, dua lokasi dipilih iaitu Masjid Solahudin Al Ayyubi, Padang Besar dan Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

Penganjuran itu membabitkan penyertaan 60 usahawan bagi komoditi seperti ayam, daging, sayur, buah dan barangan keperluan harian lain.

Menurut Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan sejak Januari hingga kini, FAMA telah melaksanakan 217 kali Jualan Agro MADANI di Perlis.

Pelaksanaan itu mencatatkan nilai jualan lebih RM2.926 juta dengan penglibatan 1,667 orang usahawan.

Program tersebut memberi manfaat kepada 62,600 orang penduduk Perlis dengan nilai penjimatan yang dicatatkan dalam pelaksanaan Jualan Agro Madani itu ialah sebanyak RM716,994.

\”Para pengguna digalakkan untuk mengunjungi cawangan-cawangan pemasaran FAMA kerana terdapat pelbagai insentif kerajaan untuk membantu mereka dalam menyediakan ketersediaan bekalan produk agromakanan dan juga sebagai pusat sehenti perkhidmatan Kerajaan seperti Jualan Agro MADANI,\” kata Mohd Anzara.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI di pekarangan Masjid Solahudin Al Ayyubi, Padang Besar.

Jualan barangan keperluan harian yang ditawarkan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dengan 500 kilogram ayam dan daging habis terjual.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....