Home Nasional Jual melebihi harga kawalan, 667 kilogram minyak masak disita
Nasional

Jual melebihi harga kawalan, 667 kilogram minyak masak disita

Jual melebihi harga kawalan, 667 kilogram minyak masak disita

Foto KPDN Perak

TELUK INTAN, 19 Januari – Sebanyak 667 kilogram minyak masak dalam botol disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas didapati dijual melebihi harga kawalan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail memaklumkan tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap sebuah pasar mini di Teluk Intan susulan aduan orang awam.

“Siasatan mendapati minyak masak berjenama dijual melebihi harga maksimum, iaitu RM6.90 bagi botol 1 kilogram dan RM30.90 bagi botol 5 kilogram,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 126 botol minyak masak bersaiz 5 kilogram dan 37 botol bersaiz 1 kilogram disita, dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM4,000.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....