Saturday , 25 January 2025
Home Nasional Jual diesel lebih daripada harga kawalan, stesen minyak diserbu
Nasional

Jual diesel lebih daripada harga kawalan, stesen minyak diserbu

Jual diesel lebih daripada harga kawalan, stesen minyak diserbu

Foto Ihsan KPDN

PARIT BUNTAR, 27 Ogos– Sebuah stesen minyak di Sungai Bakau, Parit Buntar diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas didapati menjual minyak diesel melebihi harga kawalan.

Serbuan dilaksana sekitar pukul 4.49 petang pada Isnin selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung kesalahan tersebut.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail menerusi kenyataan berkata harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos bagi diesel adalah RM3.23 seliter.

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati harga jualan minyak diesel yang dipaparkan di premis itu adalah RM3.25 seliter, melebihi dua sen daripada harga yang telah ditetapkan.

\”Tindakan telah diambil ke atas pemilik premis dibawah kesalahan Peraturan 21(1), Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu melanggar syarat lesen runcit dengan menaikkan harga barang kawalan berjadual diesel tanpa kelulusan Pegawai Bekalan Malaysia,\” kata kenyataan itu.

Selain itu, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada pemilik premis.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta bagi individu dan tidak lebih RM 2 juta bagi badan korporat.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...