Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus komited memperkukuh tebing sungai bagi mengatasi masalah hakisan yang semakin teruk.

Antara faktor utama adalah kecendurungan dasar sungai yang curam menyebabkan hakisan di hilir dan pemendapan di hulu.

Menurut Ir Mat Pua\’at Mat Hussain, sebagai penjaga sungai, JPS bertanggungjawab menguatkuasakan kerja-kerja pengukuhan tebing sungai bagi mengelakkan runtuhan.

\”Pemilik rumah itu sendiri, dia perlu pantau struktur tanah depan rumah atau jalan, sekiranya wujud tanda-tanda keretakan pada tar dan sebagainya. Kalau bergerak, makin lama makin luas.

Jadi, mereka perlu buat aduan dan pihak berwajib akan menganalisis situasi itu. Untuk struktur tanah yang dibuat untuk pembangunan selalunya kukuh dan padat, mereka sudah buat \’piling\’ dalam tanah. Maka, keselamatan tebing tiada masalah,\” kata Ir Mat Pua\’at kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, JPS melakukan analisis hidraulik bagi menentukan had laju air dan reka bentuk perlindungan mengikut jenis tanah bagi memastikan kestabilan tebing.

Selain itu, perlindungan tambahan seperti konkrit dan batu besar akan digunakan di kawasan terdedah kepada hakisan serius.

Related Articles

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala
Nasional

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Disember- Malaysia dan Bahrain komited perkukuh kerjasama dua...