Home Nasional JPNIN tumpu pemerkasaan KRT, sasar 500 KRT progresif
Nasional

JPNIN tumpu pemerkasaan KRT, sasar 500 KRT progresif

JPNIN tumpu pemerkasaan KRT, sasar 500 KRT progresif

Datuk Che Roslan Che Daud

KUALA TERENGGANU, 21 Julai- Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menumpukan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi mencapai 500KRT progresif tahun ini.

Ketika ini terdapat 121 KRT progresif di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud berkata, KRT yang mencapai tahap cemerlang perlu meningkatkan usaha untuk mencapai ke tahap KRT progresif.

Antara bidang wajib yang perlu diberi fokus adalah ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan diri serta dua lagi bidang elektif.

\”Saya yakin KRT di luar sana boleh adakan lawatan di sini berkenaan pengurusan dilakukan dengan sistem fail. Apabila kita ligat dalam sesuatu organisasi kita akan uruskan sistem fail dan juga kepimpinan supaya cemerlang,\” katanya kepada RTM di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hampir 8,500 KRT ditubuhkan di seluruh negara dengan 210,000 ahli jawatankuasa (AJK).

Sementara itu, pihaknya sedang menambah baik skim rondaan suka rela yang dijalankan AJK KRT, antaranya menggunakan peralatan berteknologi moden.

Menerusinya aktiviti rondaan akan dipantau dengan sistem yang akan dibangunkan bersama-sama penyedia perkhidmatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....