Friday , 20 September 2024
Home Nasional JPN lulus 23,528 pengenalan diri melalui program MEKAR
Nasional

JPN lulus 23,528 pengenalan diri melalui program MEKAR

JPN lulus 23,528 pengenalan diri melalui program MEKAR

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Pada Program Santuni MADANI Bersama Ketua Pengarah JPN di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong di sini hari ini.

MARANG, 18 Ogos- Sebanyak 23,528 permohonan pengenalan diri diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bermula Januari hingga Julai lepas.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata permohonan melibatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan itu diterima melalui pelaksanaan 1,338 siri program yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, penganjuran tertinggi melibatkan Putrajaya iaitu sebanyak 145 program, Sarawak (122 program), Sabah (105 program), Selangor (101 program), Negeri Sembilan (98 program) dan Pulau Pinang (96 program).

\”Di Kedah pula kita telah melaksanakan 96 program, Perak (91 program), Terengganu (86 program), Melaka (86 program), Pahang (84 program), Kelantan (83 program), Johor (80 program), Perlis (31 program), Kuala Lumpur (29 program) dan Labuan (lima program).

\”Bagi tahun ini, kita sasarkan sebanyak 1,500 program. Alhamdulillah setakat 31 Julai, dah capai lebih 1,300 program dan bakinya akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Santuni MADANI Bersama Ketua Pengarah JPN di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut berharap individu berumur 18 tahun ke atas yang masih belum menukar kad pengenalan dan masih mengguna pakai kad pengenalan ketika berusia 12 tahun perlu segera berbuat demikian.

Ujarnya, perkara itu perlu disegerakan kerana akan mengganggu pelbagai urusan termasuk perbankan kerana wajah yang telah berubah.

Selain itu juga beliau berharap orang ramai mengemaskini alamat terbaru di dalam kad pengenalan dalam tempoh 90 hari selepas berpindah.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata sebanyak 173,058 permohonan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) telah diterima dalam tempoh 15 hari bermula 29 Julai hingga 12 Ogos lepas.

Bagaimanapun, katanya sebanyak 52,695 MyKid yang telah siap belum dituntut ibu bapa sejak 2019 hingga 2024.

\”Permohonan tertinggi MyKid melibatkan Selangor dengan 24,152 permohonan diikuti Johor (18,892) dan Sarawak (15,400). Saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak tergesa-gesa membuat permohonan kerana bekalan MyKid mencukupi,\” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...