Home Nasional JPN Kedah komited pastikan kebajikan, pengajian pelajar kurang bernasib baik
Nasional

JPN Kedah komited pastikan kebajikan, pengajian pelajar kurang bernasib baik

JPN Kedah komited pastikan kebajikan, pengajian pelajar kurang bernasib baik

Foto RTM

JERLUN, 10 Mac-Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah terus komited bagi memastikan kebajikan dan pengajian pelajar kurang bernasib baik termasuk anak yatim, yatim piatu dan miskin di negeri itu, sentiasa terbela.

Pengarah JPN Kedah, Ismail Othman berkata pelajar berkenaan akan diberi perhatian khusus bagi mengelakkan mereka tercicir dalam pelajaran.

\”Pelajar berkenaan bukan sahaja memerlukan ilmu di bilik darjah, tetapi juga perhatian daripada semua pihak serta tangan-tangan yang sudi menghulur sumbangan.

\”Pelajar terbabit juga memerlukan suntikan semangat dan dorongan agar mereka terus teguh dalam meniti arus kehidupan.

\”Kesusahan tidak boleh dijadikan sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 40 anak yatim, yatim piatu dan asnaf yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam di Jerlun, Kedah.

Sumbangan berupa wang tunai itu bertujuan untuk menyuntik semangat mereka untuk terus belajar dan bersama membina masa depan yang lebih gemilang.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...