Home Nasional JPKKP Padang Besar manfaatkan Dana SejaTi MADANI, tingkat ekonomi komuniti
Nasional

JPKKP Padang Besar manfaatkan Dana SejaTi MADANI, tingkat ekonomi komuniti

JPKKP Padang Besar manfaatkan Dana SejaTi MADANI, tingkat ekonomi komuniti

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS Parlimen Padang Besar yang berlangsung di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang, Beseri / FOTO RTM

BESERI, 9 September- Kesemua 122 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)bagi Parlimen Padang Besar disaran memanfaatkan Dana SejaTi MADANI bagi tingkatkan sosioekonomi komuniti.

Sehingga kini, hanya 80 daripada keseluruhan 122 JPKKP telah membuat permohonan Dana SejaTi MADANI yang dibuka untuk permohonan sejak 25 Mac dan akan berakhir pada 30 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Padang Besar, Ruzaini Rais memaklumkan, kesemua JPKKP dinasihatkan agar segera membuat permohonan melalui penyelaras di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri yang kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk kelulusan.

Program itu menyediakan geran sehingga RM100,000 untuk pelaksanaan aktiviti ekonomi bawah lima sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

Peluang keemasan yang disediakan kerajaan untuk pembangunan ekonomi komuniti ini harus direbut untuk meningkatkan produktiviti selain meningkatkan daya saing dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi komuniti setempat.

Beliau memaklumkannya pada Perasmian Penutupan Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS Parlimen Padang Besar yang berlangsung di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang, Beseri.

Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion sepanjang tahun ini untuk inisiatif Dana Komuniti MADANI bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...