Home Nasional JPKK, jadi pemudah cara program kerajaan negeri dan Persekutuan – Amirudin
Nasional

JPKK, jadi pemudah cara program kerajaan negeri dan Persekutuan – Amirudin

JPKK, jadi pemudah cara program kerajaan negeri dan Persekutuan – Amirudin

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 15 Julai– Kerajaan Selangor mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi menjadi pemudah cara dalam menggerakkan program-program kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Selain itu, menjadi wakil dan suara rakyat di peringkat kampung masing-masing di kesemua 373 Kampung Tradisi di sembilan daerah di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata JPKK perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan ADUN kawasan masing- masing, merangka program dan projek pembangunan yang sesuai di kawasan kampung masing-masing.

Kumpulan itu juga adalah jambatan antara kerajaan negeri dan rakyat dalam memastikan keperluan dan aspirasi rakyat didengar dan diambil tindakan.

\”Saya maklumkan kepada mereka berhubung memahami tanggungjawab pentadbiranbersama termasuk dengan agensi kerajaan, pusat khidmat masyarakat, Ahli Dewan Negeri (ADUN), penyelaras dan kerajaan negeri.\”

\”Ia penting supaya kita boleh merangka pelan, program dan projek pembangunan yang sesuai dengan keperluan dan permintaan daripada kampung-kampung.\”

\”Kejayaan mereka menguruskan kampung dan kawasan halaman akanmemberikan impak yangbaik dan positif pada imej kerajaan negeri. Jangan buat kerja lambat, mula bekerja dari sekarang supaya rakyat rasa selesa senangdan raikan semua,\” kata Amirudin kepada pemberita.

Datuk Seri Amirudin ditemui selepas majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 373 individu sebagai Pengerusi JPKK Kampung Tradisi, bagi sesi 2024-2025.

Tempoh perkhidmatan mereka berkuat kuasa bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....