Home Nasional JPKK dan JPKKP anggotai pasukan perlindungan kanak-kanak
Nasional

JPKK dan JPKKP anggotai pasukan perlindungan kanak-kanak

JPKK dan JPKKP anggotai pasukan perlindungan kanak-kanak

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang, Chemor

IPOH, 2 September- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan menganggotai Pasukan Perlindungan Kanak-kanak bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan individu dalam pasukan tersebut dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak terutama yang berlaku dalam kawasan kampung.

Pihaknya kini berada di peringkat akhir perbincangan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan.

\”Jadi saya menyeru bagi pihak kementerian agar komuniti termasuk kanak-kanak sendiri boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan. Kita pun boleh membantu memupuk satu sikap ambil peduli dalam membantu melaporkan nasib golongan memerlukan kepada KPWKM.

\”…sebab kementerian tidak boleh melaksanakan program ini bersendirian kita perlukan kerjasama daripada semua pihak,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang, Chemor di sini.

Menurut Noraini tempoh Januari hingga Mei 2024 seramai 3,957 kanak-kanak di negara ini memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Seramai 383 orang pegawai pelindung dan pegawai akhlak lantikan tetap bersama-sama 280 orang pegawai lantikan kontrak diletakkan di semua pejabat kebajikan di seluruh negara bagi membantu kanak-kanak berkenaan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...