Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional JPJ Perlis laksana advokasi keselamatan jalan raya kepada pemandu kenderaan
Nasional

JPJ Perlis laksana advokasi keselamatan jalan raya kepada pemandu kenderaan

JPJ Perlis laksana advokasi keselamatan jalan raya kepada pemandu kenderaan

Foto Ihsan JPJ Perlis

KANGAR, 12 Julai– Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis menerusi Unit Keselamatan Jalan Raya melaksanakan advokasi Keselamatan Jalan Raya di sekitar Kangar dan Padang Besar.

Advokasi kali ini melibatkan sebanyak 27 buah kenderaan pelbagai jenis dengan menyentuh berkenaan peraturan penggunaan cermin gelap, segi tiga keselamatan serta pemakaian tali pinggang keledar, termasuklah bagi penumpang belakang berdasarkan peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) yang bermula 1 Januari 2009.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dalam kenyataannya, advokasi turut melibatkan premis kereta sewa untuk memberi kesedaran berkenaan permit sewa pandu dan peraturan penggunaan cermin gelap iaitu peraturan ketelusan cahaya.

\”Inisiatif yang dilaksanakan ini juga bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan berikutan jumlah mereka yang dikenakan saman kian meningkat.\”

\”Bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis berjaya mengutip kompaun saman sebanyak RM 1,574,140.00, meningkat 37.56 peratus atau RM 591,250.00 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023 dimana jumlah kompaun dikutip hanya RM 982,890.00,\” kata Fatimah kepada pemberita, hari ini.

Dalam masa sama, usaha mendekati masyarakat mengenai pendaftaran JPJeID dan penggunaan aplikasi MyJPJ turut sama dilakukan dan ketika advokasi terdapat 47 orang awam yang ditemui telah menggunakan aplikasi MyJPJ.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...