Home Nasional JPJ Melaka perketat penguatkuasaan kenderaan berat
Nasional

JPJ Melaka perketat penguatkuasaan kenderaan berat

JPJ Melaka perketat penguatkuasaan kenderaan berat

FOTO JPJ MELAKA

MELAKA, 13 Mac- Sebanyak 38 kenderaan didapati membawa lebih muatan daripada keseluruhan 39 kenderaan yang diarah periksa dalam Operasi Khas Pengarah Lebih Muatan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu kenyataan menjelaskan, perintah untuk ditimbang dibuat mengikut Seksyen 63 (1) APJ 1987 dan Seksyen 82 (1) APAD 2010.

Operasi dijalankan di sekitar Bandaraya Melaka, berakhir 9 pagi tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, sebuah kenderaan yang gagal hadir untuk penimbangan akan diberi notis mengikut Seksyen 63 (1) APJ 1987.

Dalam operasi itu, JPJ Melaka turut menyita sebuah kenderaan persendirian jenis atas kesalahan LKM tamat tempoh.

Secara keseluruhan, 174 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang Operasi Khas Pengarah Lebih Muatan dan 128 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

JPJ Melaka turut menggesa pihak syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Ia termasuk meningkatkan lagi tahap kawalselia keselamatan operasi kenderaan komersial bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...