Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional JPJ Kedah tahan lori beroperasi 7 tahun tanpa cukai jalan
Nasional

JPJ Kedah tahan lori beroperasi 7 tahun tanpa cukai jalan

JPJ Kedah tahan lori beroperasi 7 tahun tanpa cukai jalan

Foto JPJ Kedah

ALOR SETAR, 6 Ogos– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menahan sebuah lori yang beroperasi selama tujuh tahun tanpa cukai jalan yang sah.

Lori yang dipandu seorang lelaki itu ditahan oleh sepasukan anggota JPJ dalam operasi khas kenderaan perdagangan di sekitar Alor Setar.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah diubah suai tanpa kebenaran menjadi kenderaan kargo am.

Lori tersebut dengan muatan akar kayu yang disusun secara bahaya, menambah risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya.

“Kenderaan tersebut telah ditahan dan dibawa ke depoh tahanan JPJ.

\”Notis saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran dan pelbagai kesalahan teknikal lain\”, katanya dalam kenyataan.

JPJ menasihatkan semua pemilik kenderaan perdagangan agar memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan memiliki dokumen yang sah bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Operasi seumpama ini akan diteruskan bagi membanteras pelanggaran peraturan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...