Home Nasional JPJ Kedah sita dua buah lori atas pelbagai kesalahan
Nasional

JPJ Kedah sita dua buah lori atas pelbagai kesalahan

JPJ Kedah sita dua buah lori atas pelbagai kesalahan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua buah lori atas pelbagai kesalahan, termasuk membawa muatan tunggul kayu secara berbahaya / Foto JPJ Kedah

KOTA SETAR, 9 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua buah lori atas pelbagai kesalahan, termasuk membawa muatan tunggul kayu secara berbahaya.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata tindakan penyitaan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kedah di sekitar kawasan Pokok Sena.

\”Lori itu ditahan kerana membawa muatan tunggul kayu yang disusun secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Van Lutam, sebuah lagi lori yang ditahan mendapati pemandunya tidak memiliki lesen memandu, LKM telah tamat tempoh, tiada perlindungan insuran serta perakuan PUSPAKOM yang telah tamat tempoh.

\”Pemandu serta pemilik kenderaan berkenaan telah dikenakan saman atas pelbagai kesalahan tersebut,\” tambah Van Lutam.

Kedua-dua kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....