Home Nasional JPJ Kedah lupus 429 topi keledar tidak ikut spesifikasi ditetapkan
Nasional

JPJ Kedah lupus 429 topi keledar tidak ikut spesifikasi ditetapkan

JPJ Kedah lupus 429 topi keledar tidak ikut spesifikasi ditetapkan

FOTO JPJ KEDAH

POKOK SENA, 1 Ogos- Sebanyak 429 topi keledar yang rosak, uzur dan tidak mempunyai kelulusan SIRIM dilupuskan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah.

Program pelupusan topi keledar diadakan di Tapak Pelupusan Sanitari, Pokok Sena.

Pengarah JPJ Kedah, Stein Van Lutam berkata, topi keledar yang dilupuskan terdiri daripada 324 topi keledar dewasa dan 105 topi keledar kanak-kanak.

Beliau menasihati semua masyarakat untuk menggunakan topi keledar dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai kelulusan SIRIM serta sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah ketika di jalan raya.

“Tahukah anda jangka hayat topi keledar yang anda gunakan? Secara puratanya topi keledar yang digunakan hendaklah tidak melebihi tempoh jangka hayat iaitu lima hingga tujuh tahun demi keselamatan anda,\”katanya dalam satu kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....