Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Johari selamat di Tehran, pulang malam ini
Nasional

Johari selamat di Tehran, pulang malam ini

Johari selamat di Tehran, pulang malam ini

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 31 Julai-Wisma Putra mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang berada di Tehran, Iran dalam keadaan selamat.

Wisma Putra melalui kenyataan ringkas di aplikasi Whatsapp memaklumkan Johari akan meninggalkan Iran pada malam ini.

“Ya, kami mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul selamat dan akan meninggalkan Iran, malam ini,” menurut Wisma Putra.

Difahamkan Johari tiba di Tehran Isnin lalu bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian yang dijadulkan pada Selasa.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan pemimpin Hamas, Ismael Haniyeh dibunuh Israel dalam satu serangan di kediaman Haniyeh.

Serangan sama turut menyebabkan seorang pegawai Haniyeh, mati syahid.

BERITA BERKAITAN

  • Turkiye kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
  • Ketua pemimpin Hamas terbunuh di Iran
  • Ismail Haniyeh dikenali dengan sikapnya yang tenang, lahir di kem pelarian

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...