Home Nasional Johari jumpa KSU setiap kementerian,lihat akta lapuk
Nasional

Johari jumpa KSU setiap kementerian,lihat akta lapuk

Johari jumpa KSU setiap kementerian,lihat akta lapuk

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul/Foto BERNAMA

IPOH, 5 Ogos-Akta sedia ada dan undang-undang lapuk setiap kementerian harus ditambah baik dan diperbaharui.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata langkah berkenaan perlu bagi memastikan akta-akta berkenaan seiring dengan peredaran masa.

Jelasnya, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha semua kementerian bagi membincangkan perkara tersebut.

\”Sebab itu saya juga mohon supaya Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha setiap kementerian bersama-sama dengan penasihat undang-undang melihat ada atau tidak benda-benda yang saya rasa harus diketengahkan, apatah lagi dengan zaman digital sekarang ini. Contohnya ada undang-undang yang mungkin tidak boleh, tidak sesuai dengan zaman ini yang perlu dipertingkatkan\”, katanya demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Sementara itu, Johari menjelaskan kelompongan di dalam undang-undang antilompat parti dijangka akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-malaysia 2024 di Sarawak September depan.

Menurut Johari, tiada halangan bagi speaker-speaker membincangkan isu berkenaan meskipun ia tiada dalam agenda persidangan.

Tambahnya, walaupun setiap negeri mempunyai Undang-undang Tubuh sendiri yang menjadi sumber rujukan utama, apa yang berlaku di Parlimen mungkin boleh menjadi sebagai panduan.

\”Mungkin kita tidak akan menggunakan perkataan penyelarasan tapi juga pemahaman bagaimana kita menginterpetasikan satu undang-undang itu.

\”Jadi dalam kes parlimen mungkin dia menjadi satu panduan sahaja dan perbincangan mungkin berlaku, tetapi apa yang termaktub tertulis yang telah pun diluluskan di dewan itu yang akan menjadi undang-undang\”, katanya.

Menurutnya, isu itu hanya membabitkan perbincangan dalam kalangan speaker.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...