Home Nasional JKR Sarawak jabatan yang dipantau rapat
Nasional

JKR Sarawak jabatan yang dipantau rapat

JKR Sarawak jabatan yang dipantau rapat

Foto MIPD

KUCHING, 24 Ogos- Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak merupakan jabatan yang dipantau rapat di negeri itu kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Perkara itu berikutan jabatan berkenaan berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan projek pembangunan dan mempunyai banyak projek di seluruh Sarawak.

\”JKR mempunyai banyak kerja pembinaan untuk diselia dan dipantau,\” katanya dalam ucapan semasa Majlis Makan Malam di sini malam tadi.

Majlis itu bagi meraikan kakitangan JKR yang menyertai Karnival Sukan JKR Kebangsaan di Kuala Lumpur minggu lepas.

Pada mesyuarat kabinet negeri baru-baru ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyuarakan pendapat berikutan beberapa agensi dilihat tidak memberi tindak balas terhadap keperluan semasa rakyat serta program pembangunan negeri.

\”Semua jurutera bahagian mesti sentiasa berwaspada kerana kerajaan Sarawak tidak mahu sebarang projek sakit atau kelewatan dan kemalangan berlaku di tempat kerja.

\”JKR mempunyai Prosedur Operasi Standard dan mekanisme dalam memastikan perkara itu dan ia perlu dilihat, dipelajari serta dipatuhi,\” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Uggah yang jugaMenteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) mahu pegawai jabatan yang ditugaskan memastikan keselamatan penumpang feri selain meningkatkan penguatkuasaan mereka.

Dalam pada itu operator feri perlu mematuhi semua peraturan operasi, termasuk memastikan penumpang memakai jaket keselamatan.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...