Thursday , 6 February 2025
Home Nasional JKM mohon jagaan sementara anak suspek kes bunuh
Nasional

JKM mohon jagaan sementara anak suspek kes bunuh

JKM mohon jagaan sementara anak suspek kes bunuh

Foto / Pejabat Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 21 Ogos – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak suspek warga asing yang membunuh isteri dan dua anaknya, di sini.

Langkah tersebut selari dengan Seksyen 17(1)(i) Akta Kanak-kanak 2001 dan konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata kanak-kanak tersebut yang juga anak kedua suspek akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke Mahkamah bagi perintah jagaan sementara.

Beliau berkata, pihak JKM juga akan mengenal pasti waris kanak-kanak tersebut bagi memastikan kebajikan kanak-kanak tersebut terbela.

“JKM memandang serius kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya seperti yang tular di laman media sosial baru-baru ini. Hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki (anak mangsa ) berumur lima tahun yang dipercayai anak kedua kepada suspek telah diserahkan kepada pelindung,” Katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus cakna dalam melindungi kanak-kanak dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian di Talian Kasih 15999 atau ke Pejabat Kebajikan Daerah berdekatan bagi mendapatkan bantuan segera.

BERITA BERKAITAN:

  • Seorang lagi kanak-kanak kes bunuh ditemukan

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...