Saturday , 7 December 2024
Home Nasional JIPS Bukit Aman: 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja sejak 2014
Nasional

JIPS Bukit Aman: 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja sejak 2014

JIPS Bukit Aman: 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja sejak 2014

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad/Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Seramai 1,671 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja dalam tempoh 10 tahun iaitu sejak 2014 hingga Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad, sejak penubuhan jabatan pada tahun 2014, JIPS telah membuka dan melaksanakan siasatan tatatertib melibatkan sebanyak 40, 436 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan Kertas Enkuiri Tatatertib (KET).

\”Bagi pelaksanaan teras pematuhan, dari semasa ke semasa kira-kira 10,000 hingga 20,000 petugas dipantau dan diperiksa secara langsung oleh Cawangan Pematuhan JIPS selaku badan pemerhati.

\”Mana-mana pegawai yang dikesan melakukan salah laku akan diambil tindakan sewajarnya. Prinsip asasnya, semakin kerap pemeriksaan dibuat, semakin tinggi tahap pencegahan,\” katanya ketika berucap pada sambutan satu dekad penubuhan JIPS di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tambah beliau, keutamaan pemantauan adalah ke atas petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan masyarakat, iaitu bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur operasi standard (SOP).

Sepanjang tahun 2023, seramai 19, 352 pegawai dan anggota diperiksa dengan 1,396 orang dikesan melakukan pelbagai kesalahan salah laku.

Manakala bagi tahun ini pula 11,221 pegawai dan anggota diperiksa dalam tempoh Januari hingga Jun lepas dengan 689 orang dikesan melakukan pelbagai salah laku.

Related Articles

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 
Nasional

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 

Exco Sains, Teknologi, Inovasi  dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam RoslanAYER...

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara
Nasional

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMASUBANG JAYA, 6 Disember–...

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia
Nasional

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 5 Disember – Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari...

Daerah Jeli kembali dilanda banjir
Nasional

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Foto RTMTUMPAT, 5 Disember – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah...