Home Nasional Jenazah Firdaus dikebumikan di Kampung Parit Jay
Nasional

Jenazah Firdaus dikebumikan di Kampung Parit Jay

Jenazah Firdaus dikebumikan di Kampung Parit Jay

Adik kepada Allahyarham Muhamad Firdaus

BAGAN SERAI, 5 Ogos- Jenazah Muhamad Firdaus Abdul Fatah; salah seorang daripada dua mangsa yang maut dalam insiden letupan membabitkan sebuah kapal di perairan Samalaju, Bintulu, Sarawak selamat dikebumikan pukul 7.25 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah tiba di kediamannya di Kampung Parit Jay, di sini pukul 4.04 pagi.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Permaisuri Tuanku Hajah Haminah selepas solat subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Jay Matang Jelutong.

Allahyarham merupakan anak ke-6 daripada sembilan beradik dan meninggalkan seorang isteri.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Muhamad Firdaus berkata, arwah sepatutnya pulang ke kampung halaman untuk bercuti bulan ini.

\”Memang sudah berapa bulan duduk atas kapal, dijangkakan arwah akan balik bercuti di kampung.

\”Dia (arwah) selalu ada dengan adik beradik, dan sebelum naik kapal memang selalu minta halalkan makan dengan minum. Dia juga selalu pesan kalau tak dapat balik raya,\” katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden letupan di bilik enjin kapal Icon Amara, ketika dalam perjalanan menuju ke pelantar Patricia.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua berkata, kesemua mangsa merupakan anak kapal tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....