Home Nasional Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan selamat dikebumikan

Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan selamat dikebumikan

Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj Mohd Said, Sikamat.

SEREMBAN, 14 Ogos– Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj Mohd Said, Sikamat di sini pada 8.30 pagi.

Terdahulu, jenazah di bawa ke Masjid Kariah Taman Marida untuk dikafankan dan Masjid Negeri Seremban untuk solat jenazah kali kedua.

Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Profesor Madya Dr Faudzinaim Badaruddin pada 7.40 pagi.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan turut serta menunaikan solat jenazah.

Hadir sama, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang di sini pada 7.43 malam tadi, pada usia 79 tahun akibat komplikasi barah hati.

Mohd Yusof dilantik sebagai Mufti keempat kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009.

Allahyarham yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan pada 2005 meninggalkan seorang isteri Datin Pahariah Jamaludin dan enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....