Home Nasional Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran selamat dikebumikan

Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran selamat dikebumikan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Disember–Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Jaafar Kamin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, pada pukul 9.20 malam.

Jenazah allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan disolatkan.

Rakan allahyarham,Prof Dr Mahmod Kitom berkata allahyarham dikenali sebagai seorang yang mudah didekati dan gemar berbual.

\”Allahyarham ini orangnya lembut. Allah SWT lebih menyayanginya. Berita itu memang mengejutkan saya.Allahyarhamini sangat tenang, tidak pandai marah orang,\” katanya kepada pemberita di sini.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.20 petang tadi pada usia 81 tahun di kediamannya di Kota Damansara, Selangor.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Zainul, 75 tahun, dan dua orang anak, Soefira Jafney Jaafar, 50 tahun, serta Soefara Jafney Jaafar, 45 tahun.

Allahyarhammenjalani pembedahan usus (hernia) pada 22 November lalu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dari tahun 1988 hingga 1999.

BERITA BERKAITAN:

    • Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga Jaafar Kamin
    • Bekas Ketua Pengarah Penyiaran meninggal dunia

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....