Home Nasional Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan

Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan

Jenazah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah.

KLUANG, 2 Ogos- Jenazah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah Kampung Tengah, Kluang, petang tadi.

Allahyarham dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah.

Ketibaan jenazah Allahyarham disambut lebih 200 orang, terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, rakan seperjuangan dan masyarakat setempat.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

\”Dia (Allahyarham) sangat mesra orangnya dan pemurah. Kalau EXCO \’meeting\’ (mesyuarat), memang kita terasa kehilangan dia..sebab makanan dia bawa, dia memang pemurah dan baik hati orangnya.. betul-betul seorang sahabat yang tiada gantinya,\” katanya kepada pemberita di sini.

Pemergian Allahyarham turut disifatkan kehilangan besar buat penduduk di kawasan Dewan Negeri Mahkota, Kluang.

BERITA BERKAITAN:

  • ADUN Mahkota meninggal dunia

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....