Home Nasional Jemaah Menteri kecam pembunuhan Haniyeh
Nasional

Jemaah Menteri kecam pembunuhan Haniyeh

Jemaah Menteri kecam pembunuhan Haniyeh

Foto Fail: Ismail Haniyeh/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Julai– Mesyuarat Jemaah Menteri mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini, menurut Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata Jemaah Menteri turut menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut dibawa ke muka pengadilan.

\”Jemaah Menteri turut menzahirkan solidariti bersama dengan rakyat Palestin dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Palestin itu.

\”Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam ‘serbuan’ Israel di kediamannya di Tehran, hari ini.

Beliau dilaporkan meninggal dunia selepas menyertai acara pelantikan presiden baharu (Iran), Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa (semalam).

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...