Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Jemaah Menteri buat keputusan kecam tindakan Israel pada Rabu
Nasional

Jemaah Menteri buat keputusan kecam tindakan Israel pada Rabu

Jemaah Menteri buat keputusan kecam tindakan Israel pada Rabu

Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 21 Julai- Mesyuarat Jemaah Menteri akan membuat keputusan untuk langkah dan tindakan negara dalam mengecam Israel pada Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selari dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan mahkamah itu memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

\”Malaysia tentunya mendukung keputusan itu dan keputusan itu kerana keputusan berkenaan berdasarkan fakta yang jelas tentang keganasan dan kekejaman Israel yang berterusan.

\”Oleh itu kita akan meneliti cadangan-cadangan dan kesan daripada tindakan keputusan itu kita akan buat keputusan muktamad tentang langkah yang akan kita lakukan untuk bersama-sama dengan keputusan ICC mengecam dan bertindak ke atas Israel,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini.

Pada 19 Julai, Presiden ICJ Nawaf Salam berkata mahkamah itu mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Palestin, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu.

Dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya bawah undang-undang antarabangsa, kata Salam kepada mahkamah dan menurutnya aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.

\”Pendudukan Israel di Wilayah Palestin ialah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,\” kata Salam seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

ICJ di The Hague, Belanda mengadakan pendengaran dari 19 hingga 26 Februari mengenai kesan perundangan terhadap pendudukan Israel di Wilayah Palestin, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Semasa mesyuarat itu, lebih daripada 50 negara dan tiga organisasi antarabangsa (Liga Negara-Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika) membincangkan isu itu.

Dalam pada itu delegasi Palestin menggesa mahkamah untuk mengisytiharkan pendudukan Israel sebagai tidak sah, kerana ia boleh menjadi harapan terakhir untuk penyelesaian dua negara.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...