Home Nasional Jelajah Saya Digital 2.0, bantu masyarakat tingkat ilmu digital
Nasional

Jelajah Saya Digital 2.0, bantu masyarakat tingkat ilmu digital

Jelajah Saya Digital 2.0, bantu masyarakat tingkat ilmu digital

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meneruskan siri Program Jelajah Saya Digital 2.0 ke Johor Bahru.

Jelajah itu bagi terus membantu komuniti meningkatkan ilmu dan kemahiran digital.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Program Jelajah Saya Digital 2.0 dilaksana bagi mencapai matlamat bersama iaitu menguasai kemahiran digital, menjana pendapatan dan memperkasa kerjaya masa hadapan.

\”Kita kena laksanakan ini kerana satu sebab jsahaja iaitu kita nak kemahiran digital itu ditingkatkan. Kalau kita lihat, ekonomi negara bertambah baik, pelabur sudah datang ke negara kita.\”

\”Ini bermakna ruang untuk kembangkan ekonomi itu sangat luas dan perkara itu perlu direbut oleh rakyat,\” kata Syed Ibrahim kepada pemberita selepas Program Biz Malaysia di RTM, hari ini.

Beliau berharap orang ramai memanfaatkan Program Jelajah Saya Digital 2.0 yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 26 dan 27 Julai ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....