Home Nasional Jelajah Ramadan di Kelantan, platform bantu promosi produk usahawan IKS
Nasional

Jelajah Ramadan di Kelantan, platform bantu promosi produk usahawan IKS

Jelajah Ramadan di Kelantan, platform bantu promosi produk usahawan IKS

Foto Facebook Radio Klasik

KOTA BHARU, 11 Mac– Jelajah Ramadan edisi ke-13 kali ini diteruskan ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

Program tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sejak dari pagi dengan karnival mini yang disertai rakan strategik RTM, berlangsung di Stesen Minyak Petron Peringat di Kota Bharu.

Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan dan Penjadualan Radio, Razak Ahmad berkata, selain membawa misi menyebar kebaikan dan membantu golongan yang memerlukan di pelbagai lokasi di seluruh negara, Jelajah Ramadan secara tidak langsung menjadi medium untuk mempromosikan produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Di Kelantan, sebanyak tujuh reruai dibuka oleh rakan strategik yang menampilkan produk IKS serta perkhidmatan kepada orang ramai.

“Salah satu serampang yang kita laksanakan dalam Jelajah Ramadan, contohnya kita merangka enam karnival utama di Petron ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan kecil IKS terutamanya menerusi Peladang peringkat negeri, untuk mereka mengeluarkan produk mereka.

\”Kita membantu mereka dari segi promosi dan di sini saya agak terkejut dengan satu di Kelantan ini produknya terjual lebih 100,000. Alhamdullah, usahawan kecil ini, kita bantu\”, katanya dalam Program Jelajah Ramadan Edisi 13/2025 yang berlangsung di Stesen Petron Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Terdahulu ketibaan rombongan disambut meriah dengan paluan kompang dan persembahan Marhaban. Uniknya, siri Jelajah di Kelantan kali ini bertemakan pakaian tradisional rakyat Kelantan.

Aktiviti jelajah turut dimeriahkan dengan kehadiran juruhebah tersohor Kelantanfm termasuk DJ Kid, Zidi, Shah dan Sue, selain kehadiran rombongan Jelajah Ramadan dari 34 stesen radio RTM.

Selain kuiz, pengisian lain ialah rakaman ceramah pilihan “Dengar Oghe Ngajar” bertajuk Bagaimana Al-Quran dan Ramadan? oleh Daie Wafi sebelum waktu berbuka puasa.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...