Home Nasional Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf Yusoh

PERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali sebagai Jejantas Tun Teja selepas dinaik taraf dan menjadi satu lagi ikon pelancongan negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pemilihan nama berkenaan sebagai simbolik Tun Teja adalah permaisuri zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kerja naik taraf yang bermula sejak Mac 2024 itu membabitkan kos berjumlah RM7.9 juta itu turut dilengkapi dengan kemudahan enam kiosk selain empat laluan yang dinamakan Langkah Laksamana, Serikandi, Bendahara dan Permaisuri.

Ini sekali gus dapat menjadi daya tarikan kepada pengunjung dan pelancong yang datang ke bandar raya bersejarah itu.

\”Konsepnya adalah konsep seni budaya istana Melaka yang mempunyai ciri-ciri seni budaya, seni bina Melayu lama. Jadi, saya amat menghargai usaha ini dan disertai pula teknologi moden seperti dihiasi lampu-lampu LED yang berwarna warni.

Lampu ini konsepnya mengesan pergerakan. Ia akan bercahaya mengikut pergerakan manusia yg melintasi jejantas ini,\” kata Datuk Seri Ab Rauf selepas merasmikan jejantas berkenaan di Peringgit.

Malah, bagi merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut memperkenalkan Uptown Tun Teja sebagai tempoh percubaan sehingga 28 Februari ini melibatkan 150 peniaga.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...