Home Nasional JBPM hantar 20.8 tan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli terjejas
Nasional

JBPM hantar 20.8 tan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli terjejas

JBPM hantar 20.8 tan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli terjejas

Foto RTM

GUA MUSANG, 2 Januari – Sebanyak 20.8 tan bekalan makanan berjaya dihantar menggunakan dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lima penempatan Orang Asli pedalaman di Gua Musang, Kelantan yang terputus hubungan darat akibat musim tengkujuh, hari ini.

Juruterbang Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Wahyudi Mohd Sayuhti berkata operasi penghantaran tersebut melibatkan 37 penerbangan sepanjang penugasan.

Menurutnya, penghantaran ke Kampung Bihai Lama dan Kampung Tendrik di Pos Bihai merupakan destinasi terakhir, menggunakan helikopter jenis Agusta Westland 189 (AW 189).

\”Kami telah menghantar 93 bekalan makanan hari ini, menjadikan keseluruhan 1,097 bekalan makanan seberat 20,843 kilogram yang berjaya disampaikan kepada penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang. Alhamdulillah, penghantaran dapat diselesaikan lebih awal berikutan cuaca cerah pada waktu siang,\” katanya kepada pemberita, di sini.

Tambah Wahyudi, operasi melibatkan seramai 21 anggota dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah dan Pangkalan Udara Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....